2 Aralık 2012 Pazar

Aku Terima Nikahnya

 


Nora Danish dan Adi Putra kembali digandingkan dalam filem terbaru arahan Eyra Rahman bertajuk Aku Terima Nikahnya. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 11 Oktober 2012. Antara pelakon lain yang membintangi filem Aku Terima Nikahnya ialah, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya

Mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagia Arlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya. Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi Selective Amnesia menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu.




Hiç yorum yok:

Yorum Gönder