3 Aralık 2012 Pazartesi

Aji Noh Motor



Sinopsis Filem Aji Noh Motor | Aji Noh Motor mengisahkan seorang abang, Aji (Alex Yanz) yang sangat prihatin dan sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya, Noh (Zalif Sidek). Sifat Aji yang suka berlumba haram sangat tidak disenangi adiknya yang taat dan patuh dalam mengerjakan tuntutan agama Islam. Noh yang dilahirkan sebagai seorang yang buta menjalani kehidupannya dengan perkara-perkara berfaedah, sedangkan abangnya sering merempit dan melepak tidak tentu hala. Namun di sebalik sifat Aji yang suka merempit, dia sangat sayangkan Noh sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi permintaan Noh tercapai walaupun dia tidak mampu untuk melakukannya.
Semuanya bermula apabila pada hari lahir Noh yang meminta permintaan yang sukar untuk ditunaikan oleh Aji. Noh berhajat untuk menunaikan ibadah haji kerana sudah bersedia untuk mengerjakan tuntutan oleh agama. Aji yang yang sememangnya tidak mampu untuk menghantar adik kesayangannya itu telah cuba mengumpul duit meskipun ada di antaranya menyalahi undang-undang dan menyimpang dengan ajaran agama Islam.
Mampukah Aji menunaikan impian Noh itu? Apakah yang mereka telah lakukan untuk mengumpul duit yang sememangnya tidak mampu untuk miliki? Semuanya akan terjawab apabila anda menonton Aji Noh Motor yang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 20 September 2012 yang lepas.








Hiç yorum yok:

Yorum Gönder